Cinta :
---> Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti kata lain, cinta ditujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia tak tahu.
Sayang :
---> Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti kata lain, sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.
Suka :
---> Kita sukakan dia kerana dia kelakar, boleh buat kita ketawa. Bila kita bersama dia, kita rasa nak tergelak sampai pecah perut. Tapi kita taklah rindu sanagat kat dia bila tak berjumpa seminggu. Dalam erti kata lain, suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.
Minat :
---> Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Dalam erti kata lain, minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.
Copy from kak Jia Najiha
No comments:
Post a Comment